Pembaca Blog Setia

Saturday 22 December 2012

BILA MAMA YANG MAIN LEGO

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Hahahaha.. Ni bukan Lego biasa tau, ni Lego kereta dari Shell tu. Haruslah mama nyer yang melego, kalau di bagi kat Hakim mau ilang segala spare part keta nyer.

 
Kalau tak silap hari Ahad lepas, petang tu kami keluar meronda mencari taska untuk Hakim lagi. Alhamdulillah jumpa yang dekat ngan opis mama hakim. Dah amik nombor tepon semua, tapi belum call untuk tanya pasal pendaftaran. Pastu gi isi minyak kat Shell, Incik Joni pun tanya nak ke? Of kos I nak..hihihi.




Ok berbalik pada mama hakim yang heboh nak memasang sendiri kereta Lego yang dapat dari Shell tu. Bila bukak je plastic nyer, terus berterabur segala isi kecik-kecik. Amboi..! Kena start dari bawah ok.. Tapi takpe semangat tinggi ni.. Layankan aje gambo yang diambil ni.


 
 
Haa.. Dah siap separuh jalan.
Bahagian depan.
 
 
Bahagian belakang.
 
Akhir nya masa untuk pasang sticker.

Dan siaplah sebijik kereta yang sangat comell! Siap duk atas podium ok
(penutup balang kuih je tu..haha)

 
 

Perasaan sangatlah teruja sebab dapat siapkan sebijik kereta..haha. Pastu Hakim duk berebut ngan mama hakim tapi jangan harapler mama nyer nak bagi..! Car McQueen dia ade banyak dah tau! Dan sekarang kereta Shell tu duduk dalam kereta yang mama hakim drive gi keja J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

6 komen:

Unknown said...

Hola mamavogue!

Aik... mama pun main lego jugak ke? Hehehe... Kami ni layan Iman pun dah tak larat nak buat lego die tu...hikhikhik

Unknown said...

Marya,
mama pun masih ada feeling2 best tau main lego..hahaha!

Salina Mat Isa said...

Wah cm best je..dh kumpul semua koleksi ke??

Aty Fared said...

baru dapat beli 1..lori..:)

Unknown said...

Salina,
baru seketul itu sahaja..huu

Unknown said...

Aty_Fared,
samelah kita..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger