Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Dah beberapa malam kejadian ini berlaku.. Adakah kerana nak
beralih bulan? Nak membesar bagai johan (bukan Johan Raja Lawak ye)?
Kadang-kadang mama hakim pun tak tau ape yang menjadi isu sampai Hakim buat
camtu..
Yang pasti nyer kebelakangan ni Hakim tido lewat sangat.
Kadang-kadang makpak dah berdengkur, Hakim masih melayan Upin Ipin kat Ipad.
Ataupun menggelisah tergaru-garu kepala yang sudah dibotakkan sambil berpusing
ke kiri kanan mencari posisi tido yang sesuai. Kesian pun ada tengok nyer. Ada
satu malam tu di kala mama dan babah nyer dah melelapkan bijik mata, Hakim
masih berjaga. Dalam kul 12 lebih Incik Joni terjaga, nampak Hakim masih belum
tido. Incik Joni pun buatkan lah susu untuk anak tersayang. Abis je minum,
terus Hakim tido. Adakah dia tak tido kerana lapar?
Tapi sayang nyer tak lama, dalam kul 2.30 macam tu Hakim
merengek pulak. Meragam tak mau dipujuk atau dipeluk. Mama hakim pun bangun
tukakan pampers sebab dah basah, lap-lap badan dia dengan kain lembap. Incik
Joni pun bangun tolong pakaikan pampers dan tidokan Hakim semula. Last-last
Hakim hanya betul-betul lena bila Incik Joni bangun kul 5.30 nak gi masjid.
Malam tadi pun Hakim duk merengek lebih kurang waktu yang sama
kul 2 lebih. Baju abis dibukak nyer. Merajuk tau mau di peluk. Bila di tanye
takmau menjawab. Jadi bagaimanakah..? Mama hakim redho je la menguap menahan
mata kat opis ni ha..
p/s: Gamba-gamba memang takde kena-mengena ngan cerita..hihi.
Cuma suka tengok betapa lena Hakim dalam kereta bila di bawa berjalan. Banyak lagi sebenar nyer.. Banyaaaakkk sangattt..
Sampai jumpa lagi..wassalam.
6 komen:
sabar ye. Haziq pun kadang2 tgh tdo, nangis2, berguling sana sini, pujuk pun tak jalan. Huhu...
anak2 bila siang hari dah tido lama..malam susah nak tido...
mcm akak nak ramai..selang 2 thn sorang..mcm2 ragam ada..bila anak meningkat dewasa terasa rindu dgn suasana begitu...
Ala ksiannya....lapar kot... Hehe suka tgk dia tdo...nyenyak betul...
ieda,
memang dah jadi mak2 ni kena byk sabar ye :)
Qhaifa Nur,
saya pun rasa dia jd camtu sebab terlalu byk tido siang..huu
Ratu Hatiku,
bila berjalan memang nyenyak tido nyer..hihi
Post a Comment