Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Alhamdulillah dah bole bernafas dengan lega..! Bersyukur sebab
ade 10 jari, bole menaip laju-laju dan buat kerja laju-laju J
Cuti seminggu mama hakim dah pun berakhir dengan cemerlang
nyer..hihi. Takde la cemerlang sangat pun… Cuma puas la bergolek berpeluk ngan
chenta hati nan seorang ittew..hihi. Mama hakim dua beranak takde pegi
mana-mana, cuma berulang alik ke umah mak di PJ dan umah kakak di Bandar Tasik
Selatan. Puas la Hakim bermain ngan sepupu dia yang ramai tu.
Tapi kan.. Masa kat umah, mama hakim tertengok siaran ulangan
ULAR EMAS. Sape ingat drama ni? Cerita pasal Raudhah dan Fauzi lakonan Yatt
Hamzah dan Erry Putra. Memang la drama ni ada unsur syirik, seram bila part
Lisdawaty memuja ular hitam besar gedabak tu. Kalau dulu mama hakim tengok
lebih kurang je, tak layan sangat drama macam ni. Tapi bila tertengok siaran
ulangan ni, mama hakim terfokus kat si Raudhah lakonan Yatt Hamzah. Dan
tiba-tiba je ada persoalan yang berlegar-legar kat kepala otak nih..
Betapa Raudhah ni percaya dan yakin pada suami dia. Betapa Raudhah
yang mengandung sentiasa berusaha untuk menjaga diri dan bertawakkal seratus
peratus pada Allah s.w.t. Betapa Raudhah ni sentiasa BERSYUKUR dan BERSANGKA BAIK. Yang sangat SABAR dan sentiasa REDHA. Ok mama hakim tau ini cuma drama..
Tapi bape ramai isteri-isteri zaman moden skang ni termasuk mama
hakim ni yang bole buat gitu? Yang boleh PERCAYA pada suami dan YAKIN pada
Allah s.w.t.? Tak kira la perangai suami ni jenis yang macam mana pun, yang
rajin tolong buat kerja umah, yang rajin bebel, yang rajin berkira ataupun yang
rajin ke masjid. Manusia ni tak sempurna dan Raudhah dah pun menunjukkan yang
dia menerima segalanya dan yakin dengan ketentuan Allah s.w.t.
Mama hakim minta maaf kalau ada yang tersinggung dengan entry ni. Sebenar nyer ini lebih kepada peringatan buat diri sendiri. Ikatan perkahwinan ni bukan setakat di dunia tapi memang berharap sampai ke Jannah bersama si dia. Incik Joni bukan sekadar suami tapi bak kata mat salleh, he is my soulmate and my other half. I wont be complete without him.. Oh! Tetiba tak sabar nak tunggu Incik Joni balik..hihi.
Sambil taip sambil tanya diri sendiri.. How strong is my trust and faith..?
Terima kasih sudi baca sampai abis.. Sayang selalu..!
Sampai jumpa lagi..wassalam.
12 komen:
As salam mama Hakim yang comel,
Thank you dgn peringatan yang sangat baik ini... Tetiba terasa sayang sgt dgn hubby! chewaah :)))
thx for the info..sharing is more caring..
Tertengon jgak cerita ulangan ni..tu la susah nk ada org cam tu skrg ni..tp klu sy setakat ni mmg percaya ngan husband tak de nk curiga ke..dan yakin Allah tahu apa yg trbaik tuk kita..
tulah kan..jika berbuat baik pasti balasannya baik juga, sentiasa dilindungi olehNYA...
salam dik
akk ada juga tgk citer nie
dah lama kuar kan ..
hurmm banyak mengajar erti sabar kpd yg bernama isteri ..
sy xtgk plak siaran ulangan ni... yg dulu pun dh lupa camne.. tapi bila baca entry ni, buat sy pun terfikir spt yg ayu cakap tu...
thanks ingatkan saya..
Marya,
sayang sangattt2 kat hubby..hihi
mrs puex,
ye share sambil ingatkan diri sendiri :)
teratak hati,
kan.. yakin Allah tahu apa yg terbaik utk kita :)
Qhaifa Nur,
buat baik pasti akan dibalas baik. Cuma kdg2 hati ni mudah sgt terpedaya ngan hasutan, tu yg payah tu..
kak ieda,
banyak kena amik iktibar tu.. :)
Ina,
seronok bila hasil perkongsian saya ni memberi manafaat buat semua :)
Lepas ni ari2 bgtau hubby yg kita sayang kat dia..hihi
Post a Comment