Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Dalam banyak-banyak perkataan yang biasa Hakim sebut, ada jugak
perkataan yang lain macam bunyi nyer..hihi. Hakim sebut ikut senang dia je.
Tapi mama hakim perasan satu perkara yang Hakim ni suka sebut perkataan
hujungnya ada bunyi ‘shh’.
-
Panas ~ amashh
-
Terima kasih ~ aishh
-
Aiskrim ~ alishh
-
Nangis ~ naneshh
Bila Hakim call babah dia, mama hakim suruh tanya babah dah
makan ke belum, dah minum ke.. Ayat Hakim ‘babah anan? Anum?’ hihihi memang
mama hakim tergelak golek-golek masa dengar babah jawab ‘ape anan?’. Bila nak
biskut plak Hakim sebut ikut ejaan Inggeris (biscuit) agaknya sebab dia sebut ‘maa
nak schut..!’ memula macam ‘haa?’ tapi bila dia sebut sambil tunjuk baru ler
mama hakim yang selow ni paham..hahaha!
-
Anan ~ makan
-
Anum ~ minum
-
Biskut ~ schut/schuit
-
Sakit ~ akit
-
Kotor ~ otor
-
Perut ~ wut
-
Mandi ~ andi
-
Sayur ~ ayoo
Sampai jumpa lagi..wassalam.
7 komen:
hahha yg ada shh kat blkg tu, samalah macam alisha... hahah... kdg2 abahnya tak paham apa alisha cakap, sy lah yg duk xplain balik... hihii
hehehe..samalah mcm anak akk... kdg tu ayat terbalik pun ada..jenuh la betulkan tp tetap sebut jugak...
Ina,
staill agak nyer ckp macam tu..hahahaha
Ratu hatiku,
dah pandai buat ayat takpe :)
lame2 ok la kut..hihi
seronok bila nak mula berkata-kata ni. Biasanya hanya mamanya sahaja yang faham. org lain kena amik amsa sikit. :)
seronok kan bila anak mula bercakap ni hehe
hahaha cute! time pelat ni sbnrnya rasa cute je dgr dia cakap kan
Post a Comment