Pembaca Blog Setia

Thursday 6 December 2012

BILA MULA BERKATA-KATA..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Dalam banyak-banyak perkataan yang biasa Hakim sebut, ada jugak perkataan yang lain macam bunyi nyer..hihi. Hakim sebut ikut senang dia je. Tapi mama hakim perasan satu perkara yang Hakim ni suka sebut perkataan hujungnya ada bunyi ‘shh’.

 Antaranya yang mama hakim ingat,

-      Panas ~ amashh

-      Terima kasih ~ aishh

-      Aiskrim ~ alishh

-      Nangis ~ naneshh

 
Bila Hakim call babah dia, mama hakim suruh tanya babah dah makan ke belum, dah minum ke.. Ayat Hakim ‘babah anan? Anum?’ hihihi memang mama hakim tergelak golek-golek masa dengar babah jawab ‘ape anan?’. Bila nak biskut plak Hakim sebut ikut ejaan Inggeris (biscuit) agaknya sebab dia sebut ‘maa nak schut..!’ memula macam ‘haa?’ tapi bila dia sebut sambil tunjuk baru ler mama hakim yang selow ni paham..hahaha!

-      Anan ~ makan

-      Anum ~ minum

-      Biskut ~ schut/schuit

 
Mujur nya tak banyak perkataan pelik yang Hakim sebut. Yang lain-lain Alhamdulillah dia bole sebut dengan betul walaupun kadang-kadang ilang satu dua huruf nyer J Tapi setakat susu, air, ikan, ayam, tido yang tu sume dah bole dengar sebutan nya.

-      Sakit ~ akit

-      Kotor ~ otor

-      Perut ~ wut

-      Mandi ~ andi

-      Sayur ~ ayoo

 
Harap tak lama la pelat nyer tu…hihi. Tapi biasa la budak kecik ni kan, tahap membesar masing-masing tak sama. Jadi mama hakim ikutkan je J Sampai masa nanti ok la tu. Janji Hakim membesar dengan sihat dan sempurna.




Sampai jumpa lagi..wassalam.

7 komen:

IntaNBerliaN said...

hahha yg ada shh kat blkg tu, samalah macam alisha... hahah... kdg2 abahnya tak paham apa alisha cakap, sy lah yg duk xplain balik... hihii

Ratu Hatiku said...

hehehe..samalah mcm anak akk... kdg tu ayat terbalik pun ada..jenuh la betulkan tp tetap sebut jugak...

Unknown said...

Ina,
staill agak nyer ckp macam tu..hahahaha

Unknown said...

Ratu hatiku,
dah pandai buat ayat takpe :)
lame2 ok la kut..hihi

IDAZS said...

seronok bila nak mula berkata-kata ni. Biasanya hanya mamanya sahaja yang faham. org lain kena amik amsa sikit. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

seronok kan bila anak mula bercakap ni hehe

Mama Kembar Tiga said...

hahaha cute! time pelat ni sbnrnya rasa cute je dgr dia cakap kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger